Selamat berangkat Fatah!
Fathi Kamil @ Ustad @ Fatah, aku kenali menerusi Hafez, member sebilik aku kat Perindu. Waktu itu aku ambil kursus Multimedia. Seorang yang friendly, suka tersenyum kambing, begitu meminati bidang komputer dan setiasa updatekan diri tentang komputer.
Bersahabat dengannya membuat aku lebih banyak mengetahui tentang komputer. Waktu aku sekolah dulu, aku langsung tak tahu apa² tentang komputer ni. Nak pegang komputer orang pun aku tak berani. Takut kalau rosak nanti, kena ganti. Bukannya murah! Aku mana ada duit nak ganti. Duit belanja sekolah aku pun cukup² untuk belanja kat kantin. Aku ternganga saja bila member² sekolah bercerita tentang game komputer yang diorang main.
Tak boleh jadi ni. Aku mesti belajar lebih mendalam tentang komputer. Mungkin juga waktu itu aku didorong dengan lagu IT, nyanyian Siti Nurhaliza (Oh IT! Cinta IT! Suka Siti! Hehe…)
Kini pengetahuan aku tentang komputer ni, bolehlah tahan. Takdelah sampai ternganga lagi bila orang bercakap dengan aku tentang komputer.
Berbalik semula cerita tentang Fatah. Pada 9 Julai 2006, hari Ahad jam 1930, Ustad berangkat ke Riyadh, Saudi Arabia, atas urusan kerja. Aku tak dapat sertai dengan member² lain kat KLIA (untuk ucapkan selamat jalan), kerana aku ada urusan yang tak dapat dielakkan. Aku sekadar telefon dia untuk mengucapkan selamat berangkat.
Selamat berangkat Fatah! Bila balik Malaysia nanti, jangan lupa belikan aku ole²! Semestinya bendera berbentuk 3 segi!